Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Akak rasa semua org suka aiskrim kannn....Tapi tak semua org tahu cara membuatnya lagipon ianya senang didapati dimana2 pasaraya kedai , pak cik aiskrim yang masuk kg pakai motor, lori dan sebagainya.
Tapi sekarang ramai org dah temui cara yg simple utk buat aiskrim tanpa menggunakan mesin pembuat aiskrim pon ....terima kasih bebanyak kepada mereka yg sudi share! Alhamdulillah ,drp resepi cikepal ni akak dah berjaya buat aiskrim yg sememangnya lemak dan berkrim. Ni adalah kali kedua akak buat. Utk kali yg pertama agak kurang memuaskan sikit sbb texturenya agak kasar tapi percubaan kedua ni akak ada buat penambahan ikut citarasa sendiri dan hasilnya mmg puas hati walaupon tak sehebat Baskin Robbins dan Haagen Dazs...
Jom cuba...insyaAllah anak2 akan sukaaa....
Homemade Ice Cream
Sumber 1:Cik Epal
Sumber 2 : Jom Masak~jomknitamasak.blogspot.com
Bahan2

1 tin susu cair ~(knita letak 1cwn susu cair + 1 cwn whipping cream)
1/2 tin susu pekat
1 biji telur~ (di buang pusarnya)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar Ovalett (cari yang HALAL ok!)
3 sd teh gula icing ~(knita tambah)
Untuk perasa:
Boleh guna je apa2 perasa yg digemari~
Cara2nya
- Campurkan semua bhn2 tu .
- Guna stand mixer , putar dgn kelajuan sederhana sampai pekat dan berkrim gitu mcm gambar kat atas ni.
- Bahagikan dlm bekas berlainan sekiranya nak letak banyak perasa.
- Sejukkan dlm peti ais sampai beku (knita letak semalaman lebih kurang 10 jam)
kalu ada pisang -buat jer banana split
@ parut choc ja kat atas
@ makan gitu jer pon sodappppp...
@ boleh campurkan dgn buah-buahan kering ; parutan limau ,kismis..
Let's try and enjoy!
4 comments:
Jika buat sendiri ais krim ni gerenti halal sebab kita yang memilih bahan-bahannya dan ianya bahan-bahan yang terbaik.Insyallah
Setuju sangat tu cikmanggis...
Kak nita, boleh tanya tak?
Saya dari negara tetangga (indonesia) :D
Apa maksud dari 'sebiji telur dibuang pusarnya'?
Yolk tu dibuang ke?
pusar tu maksudnya satu ketulan putih dlm telur -kiranya tidak dibuang akan berbau hanyir
Post a Comment