Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pai ni akak buat utk minum petang semalam. Simple tapi sedap . Dihidangkan bersama susu @ teh O panas.
Bahan2 pon senang didapati di pasaraya. Resepi ni adalah resepi Chef Noraini dan ada sikit penambahan dr akak . Terima kasih ya Chef. Jom kita tengok resepinya.
Pai Pic Berkeju
Resepi Asal : Chef Noraini
Bahan2
450gm tepung gandum
250gm mentega
1 biji telur gred B
2 sd besar air
2sd besar gula
1/2 sd teh garam halus
Filing Keju
300gm cream cheese-knita letak 250gm +1/4 cawan whipping cream
2 biji telur gred A
80 gm gula kastor-knita letak 30gm gula + 2 sd besar susu pekat manis
1 sd besar parutan kulit oren
2sd besar jus oren
2sd besar tepung jagung
200gm buah pic dalam tin
Cara2 nya
- Satukan mentega ,gula dan garam.Putar hingga kembang.
- Masukkan telur dan air. Putar lg hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum yg telah diayak.
- Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.
- Canai dan letakkan dalam acuan pai.
- Cucukan permukaannya dgn garpu utk mengelakkan ia dr mengembung.
- Bakar pada suhu 180C selama 20minit
- Sementara itu putarkan bahan filing kecuali buah pic.
- Apabila pastry masak, susunkan buah pic yg telah dihiris .
- Kemudian masukkan filing keju tadi.
- bakar pada suhu 180C delam 20 min . Akak guna api atas dan bawah utk dapatkan hasil spt diatas.
- Akak suka kalu bahagian atas tu garing sedikit macam tu. kalu tak mo boleh pakai api bawah sahaja.
****suhu tu boleh kurangkan ikut kesesuaian oven masing2.
4 comments:
Salam kak nita.. dh lama tun x makan pai.. teringin bila tengok, nmpk sedap tu.
W/salam Tun,
mmg sedap , berkeju pula tu ...
slm kak Nita..
waduhhh sedapnya nmpk pai tu kak..QH pon dh lama xmkn pai..
wah3x..berkilat permukaan keju tuuu...sedapnye kak... nak sepotong ;)
Post a Comment