Followers

Friday, October 21, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.
Dah lama berhasrat untuk berkongsi pengalaman , ilmu ,hobi  dan sebagainya untuk faedah bersama ,insyaallah.
Alhamdullillah kali  ini saya dikuniakan sedikit ruang dan peluang yang cukup berharga untuk menghasilkan blog ni.Maaf sekiranya terdapat kekurangan disini.


Thursday, October 6, 2011

Puding Roti Caramel




Berikut adalah puding2 yang pernah akak cuba...alhamdulillah sedap2 dan menjadi gitu....

Puding Roti Karamel

Sumber resepi : hanieliza fotopages
Puding Roti Karamel

Sumber resepi : hanieliza fotopages
Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair1 tin air buah dari fruit cocktal/peach (akak letak air saja)
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
1 tin buah koktel/peach ( akak letak kismis )
Cara:
1. Panaskan kukusan
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis ( akak masukkan sekali kismis).
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach

8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert